Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah satu inisiatif bersama di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan para sukarelawan untuk menyediakan pusat pemulihan dan terapi bagi Orang Kelainan Upaya (OKU). PDK Rumah Payung Bandar Baru Salak Tinggi (PDK RP BBST) telah ditubuhkan pada tahun 2008 untuk memberikan sokongan kepada warga OKU di dalam Daerah Sepang yang meliputi kampung-kampung tradisi, pekan-pekan dan bandar baru termasuk Cyberjaya dan Dengkil.
Sejak ditubuhkan kira-kira 100 orang warga OKU telah menjalani program pemulihan di PDK RP BBST ini. Sebahagian besar daripada mereka adalah warga OKU yang terlantar sepenuhnya daripada kategori Cerebral Palsy (CP), Autism Spectrum Disorder (ASD), Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Oleh itu program terapi yang disusun bertujuan untuk membolehkan warga OKU ini belajar mengurus diri sendiri mengikut kemampuan masing-masing, memulihkan pergerakan anggota badan, pertuturan, mengawal emosi dan meningkatkan daya berfikir dan berusaha. Pelbagai teknik dan mesin khas digunakan untuk program pemulihan ini termasuklah Peralatan Multi Sensori (Multi Sensory Devices) yang dianggarkan berharga RM 150,000.
Oleh kerana PDK adalah sebuah badan sukarela dan mempunyai kewangan yang terhad untuk membeli sendiri Peralatan Multi Sensori itu maka pihak pengurusan PDK ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang dan Pinky Women Riders (Pinky) akan menganjurkan Program Kayuhan Kasih untuk Anak Istimewa 2015 bagi mengumpul dana untuk pembelian alatan tersebut. Sehubungan dengan itu kami dengan rendah hati menjemput seluruh masyarakat sukan perbasikalan untuk sama-sama menjayakan inisiatif murni ini.
Dijemput semua peminat-peminat kayuhan sukan perbasikalan untuk turut sama menjayakan.
Maklumat Acara:
Tarikh: 23 Mei 2015
Masa: 7:00 pagi – 1 petang 12:00 tgh
Tempat: Kelab Tasik Cyberjaya
Jarak Kayuhan : +-30km
Bayaran: RM30/peserta
Cycling Kit:
1. T-shirt
2. Beg Goodies
3. Plate Number
Makan/minum disediakan.
Cabutan Bertuah menanti anda
Yuran Pendaftaran: RM30.00 seorang
Yuran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun CIMB - PDK Rumah Payung BBST 8600623297 dalam tempoh yang ditetapkan. Salinan transaksi hendaklah diemel ke kayuhankasih2015@gmail.com
Pendaftaran disini:
https://docs.google.com/forms/d/1YtgyeXpm6StA8JzNX-oqx_1r5kHx6d-ViMUA99OOOqs/viewform
Sebarang keterangan maklumat sila hubungi Nurli 01110941404 Rosmawar Harun 012-9609795 / Awg Saha Annder Thrasher 013-3658002 / Mohammad Zaki 019-3865833/ Fadhal 019-2628759.
Boikot Produk Pro Israel Tak Beri Kesan? : Sejarah BBL Telah Buktikan
Bagaimana Kita Boikot Britain Sampai Mereka Melutut Kepada Kita. Apa Itu
BBL?
-
Tercatat dalam sejarah bahawa rakyat Malaysia pernah memboikot
produk-produk daripada negara Britain pada 1981 dan 1994 kerana kerajaan
Britain tidak berl...
Kayuhan ini kaum perempuan saja ka
ReplyDeleteKayuhan ini untuk semua lapisan umur
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteLelaki boleh ambil bahagian?
ReplyDelete