Pinky Women Riders

Pinky Women Riders
Team Pinky

07 January 2017

Kayuhan Serumpun 2017


Kelab Berbasikal Pinky Women (Pinky Women Riders) dengan kerjasama Kelab Basikal Geng Budak Hitam (GBH) akan menganjurkan KAYUHAN SERUMPUN 2017. Program ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 14 – 15 Januari 2017 
Tempat Mula : Kota Warisan, Sepang
Masa Pelepasan : 7.00 pagi
Jarak Kayuhan : 180 km
Laluan Kayuhan : Pantai Port Dickson dan Pantai Morib
Tempat Tamat : Kota Warisan, Sepang
Masa Tamat : 12.00 tengahari

Kayuhan ini melibatkan jarak sejauh 180 km merupakan ekspedisi jelajah 3 buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta yang terlibat untuk meningkatkan semangat juang dan keyakinan yang tinggi, daya ketahanan fizikal dan mental di samping untuk mengamalkan aktiviti yang sihat, cergas, cerdas minda serta mengeratkan hubungan erat di kelab basikal sekitar kawasan/negeri. Dianggarkan seramai 30 orang pengayuh bakal menyertai kayuhan ini yang turut dibantu oleh pasukan pengiring daripada Polis Trafik dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).

Tarikh tutup pengesahan penyertaan ialah pada 31 Disember 2016. Yuran penyertaan hendaklah disalurkan ke dalam akaun bendahari Kelab Puan Haslinda Abu Hanipah, Akaun Maybank 112027082241 dan emailkan kepada pinkywomenriders@gmail.com. Sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan kayuhan ini, bolehlah menghubungi Presiden PINKY WR, Puan Non Tasbihaton bt. Marhaban di talian 013-3402567 atau Setiausaha Pinky WR, Puan Noor Aslinda bt. Marzuki, di talian 019-2188759.

0 comments:

Post a Comment