Pinky Women Riders

Pinky Women Riders
Team Pinky

08 November 2014

Sejarah Penubuhan

Assalamualaikum dan Salam Rider 1Malaysia,

Tanggal 26 Julai 2013, kami dipertemukan dalam siri kayuhan santai malam di Putrajaya. Pertemuan kayuhan ini bermula apabila masing-masing berhubung di muka buku (FB). Kami semua cukup bertuah kerana mempunyai minat yang sama dalam dunia perbasikalan. Dari situ, bermula lah episod kayuhan kami dengan membawa nama team HP3. Boleh dikatakan setiap minggu pasti akan ada kayuhan malam.Minat yang sama dalam dunia  perbasikalan menyatukan kami dengan nama Gegurls Cycling Team.


Dengan mengenakan busana berwarna merah jambu dengan jenama Cycling Box di Kayuhan NST Cyberjaya Greenride pada 14 September 2013, kami sepakat untuk kayuh bersama-sama dan dari situ bermula lah orang mengenali Pinky dahulu. Kemudian, pada 11 Oktober 2013, kami dengan kerjasama semua rider terlibat dalam program Kayuhan Bersama Anuar Manan yang telah melibatkan lebih dari 100 rider di kawasan berhampiran. Setelah program ini berlalu, berlaku sedikit konflik yang sangat memberi kesan di kalangan kami. Makanya masing-masing membawa haluan diri masing-masing. Namun begitu setiap program kayuhan sekitar Putrajaya telah kami hadiri dan jayakan. Dari onroad ke offroad, dari kayuhan santai ke Jamboree dan dari jamboree ke race ada antara kami telah mengambil cabaran ini. Tidak lupa juga dari setiap kayuhan amal yang diadakan kami juga turut mengambil peluang ini. Pokok pangkalnya ketika itu kayuh dan kayuh. Mungkin untuk memberi peluang pada diri sendiri mengorak langkah dengan mencuba yang baru dengan team masing-masing.

4 Jun 2014 satu sejarah baru tercipta dengan lahirnya Malaysian Women Riders yang lebih tertumpu dalam menghimpunkan semua rider-rider wanita seluruh Malaysia khasnya dan seluruh dunia umumnya. Namun, cita-cita ini tidak dapat direalisasikan jika kami tidak bersatu hati. Ah… pedulikan apa orang kata dan pedulikan yang orang perlekehkan terhadap kami. Kami rider wanita harus maju dan mampu ke hadapan bagi meneruskan objektif kami iaitu membuat kerja-kerja amal. Ye! Kayuhan Amal Buat Kak Sakura telah banyak mengubah segala, Arwah Kak Sakura telah banyak memberi sumber inspirasi kepada seluruh Malaysian Woman Riders khususnya dan Pinky Woman Riders khasnya. Arwah sangat baik dan sentiasa inginkan yang terbaik buat semua rider tidak kira lelaki atau wanita. Arwah telah banyak melibatkan diri dalam program-program amal tidak kira di mana sahaja. Oleh kerana itu, ia tidak terhenti begitu sahaja, Malaysian Woman Rider akan cuba menyambung delegasi yang telah digarap oleh beliau.


Seperti kalian sedia maklum, Malaysia Woman Rider adalah untuk semua wanita-wanita yang suka berbasikal tidak kira dari mana mereka datang. Sehingga lah satu ketika Penganjur Gempak Hypertrex telah melamar Pinky untuk menjadi penganjur bersama dalam menjayakan program jamboree ini. Dan dalam masa yang sama Pinky telah dilamar oleh pihak Deuter untuk menjayakan program mereka pada tahun 2015. Namun, sedikit permasalahan telah berlaku siapa Pinky sebenarnya? Dengan akal fikiran dan budi bicara yang waras dari kami, ahli-ahli lama diajak untuk turut serta, namun semua ini di luar jangkaan dan fikiran kami kerana disangkakan hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Dugaan menimpa apabila mereka menolak lamaran ini kerana komitmen keluarga yang lebih penting. Kami semua menghormati segala keputusan mereka walaupuan hakikatnya berat menerima namun apakan daya harus kami terima jua untuk kebaikan bersama. Tanpa paksaan, Pinky cuba bangkit dengan mencari ahli yang lain. Maka, pada awal Ramadhan, 6 orang Pinky telah tercipta iaitu Rosmawar Harun, Nor Hasni Hassan, Nur Asmiza Marzuki, Noor Aslinda Marzuki, Non Tasbihaton Marhaban dan Norlin Misuwan. 


Dengan kehadiran ahli baru iaitu Haslinda binti Abu Hanafiah atau mesra di FB Linda Aki, diharap kehadiran beliau dapat memberikan sumber inspirasi kepada semua wanita-wanita yang lebih sukan meminati sukan perbasikalan.


Di sini, Pinky cuba untuk meyakinkan kembali dalam kehidupan berbasikal yang memang menjadi minat kami semua. Maka, kami harus teruskan jua namun, kami Pinky perlu bantuan dan sokongan serta kerjasama dari semua pihak untuk menapak dan menempa nama di dalam dunia perbasikalan yang semakin menempah nama di Negara kita. InsyaAllah….


0 comments:

Post a Comment