Pinky Women Riders

Pinky Women Riders
Team Pinky

05 December 2014

Jamboree Harian Metro MTB GP 2014 - Asahan, Melaka - 29.11.2014

❤️❤️❤️☺️☺️☺️❤️❤️❤️

Dua Tiga Kucing Berlari
Mana Nak Sama Si Kucing Parsi
Giant Revell Ku Bawa Sekali
Untuk Menawan Jamboree Kali Ini



Credit to Cyclomotion






Eewahhhh sebelum ni berboria, kali ni berpantun pulak. Maklumlah masuk ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah memang penuh dengan pantun pantun ni. Hehehe tak nak citer panjang nak citer terus lah pasal jamboree metro kali ini. Sayugia aku, memulakan perjalanan pada Jumaat malam jam 10 malam seperti dijanjikan namun, akibat aku tertinggal JC maka berpatah baliklah ke rumah mengambilnya. Terima kasih Ailinku dan Abg Man, sudi bawa saya. Nak bawa kereta malas pula makanya menumpang lah aku. Dengan bertemankan hujan renyai-renyai, maka terlena ku di belakang. Kesian Ailin Ku sendirian memandu. Tepat jam 1 pagi aku pun sampailah di Kem PLKN Asahan di mana penginapan rasmi disediakan oleh PINKY. Letih teramat sangat, namun persiapan untuk basikal perlu dimanjai. Dengan berkat air tangan dan bantuan peluh yang tak seberapa oleh Rider Danny.. (jangan marah Danny, akak gurau jer), dia kelebet-kelebet lah basikal. Sib baik dia tolong chek, basikal tak berapa nak ada angin. Dengan adanya masa berbaki, sempat aku lekatkan plate basikal dan aku sematkan bunga Kuning Deuter di basikal semua ahli Pinky. Wah!! Meriah uols.. kuning2 gitu. Oke! Setel semua now kita tido…

Selanjutnya disini

0 comments:

Post a Comment