Pinky Women Riders

Pinky Women Riders
Team Pinky

17 April 2015

Jersi 2015 sudah mula digunakan oleh Pinky & Followers. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah menghubungi kami





















01 April 2015


Semua pasti akan berkata-kata kan? 

Hari ini hari dia, esok lusa hari kita, kita tak pasti.... Itulah seringkali diungkapkan dan terluah oleh rakyat Malaysia umumnya apabila mana-mana insan menghadapi kecelakaan. Keprihatinan mereka terhadap apa jua musibah tiada tolak bandingnya.

Justeru itu, seperti semua sedia maklum khususnya teman-teman rider yang mengenali Saudara Azizul Azli atau lebih dikenali sebagai Bujoe telah dilanda musibah iaitu kediaman beliau di Kampung Bukit Besar, Terengganu telah musnah dalam kebakaran yang berlaku baru-baru ini. 

Segala barangan kebanyakan tidak dapat diselamatkan namun beliau boleh menarik nafas lega kerana semua ahli keluarga beliau selamat. Namun, apakan daya, segala kenangan beliau dalam memenangi pelbagai kejayaan dalam bentuk medal, plaque dan sebagainya musnah sama sekali. Bertahun lamanya ia tersimpan rapi namun dimusnahkan dalam hanya sekelip mata.

Atas keprihatinan ini, Pinky WR dengan sokongan daripada semua team-team berbasikal khasnya akan mengadakan satu kayuhan santai sambil menderma #bujoe yang bertujuan meringankan beban yang ditanggung. Segala hasil kutipan secara tunai pada malam itu akan disalurkan terus ke Akaun

Maybank 163019044389 - Azizulazli Shaari

0122406239 - Bujoe

Azizulazli Shaari
1510-C Jalan Ibrahim , Kampung Bukit Besar , 21100 Kuala Terengganu

Bagi yang tidak dapat turut serta dalam kayuhan ini, namun berhajat untuk menyumbang, bolehlah berbuat demikian di nombor akaun yang tertera.

"Kita tidak tahu apa akan jadi pada kita esok hari, namun setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya di kemudian hari"

"TOGETHER WE UNITE"

Terima kasih.

Kayuhan Amal Ayoh Bantu 28.3.3015 di Dataran Putrajaya



Pinky WR Team menang anugerah



25 March 2015

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah satu inisiatif bersama di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan para sukarelawan untuk menyediakan pusat pemulihan dan terapi bagi Orang Kelainan Upaya (OKU). PDK Rumah Payung Bandar Baru Salak Tinggi (PDK RP BBST) telah ditubuhkan pada tahun 2008 untuk memberikan sokongan kepada warga OKU di dalam Daerah Sepang yang meliputi kampung-kampung tradisi, pekan-pekan dan bandar baru termasuk Cyberjaya dan Dengkil.

Sejak ditubuhkan kira-kira 100 orang warga OKU telah menjalani program pemulihan di PDK RP BBST ini. Sebahagian besar daripada mereka adalah warga OKU yang terlantar sepenuhnya daripada kategori Cerebral Palsy (CP), Autism Spectrum Disorder (ASD), Attention Deficit Disorder (ADD) dan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD). Oleh itu program terapi yang disusun bertujuan untuk membolehkan warga OKU ini belajar mengurus diri sendiri mengikut kemampuan masing-masing, memulihkan pergerakan anggota badan, pertuturan, mengawal emosi dan meningkatkan daya berfikir dan berusaha. Pelbagai teknik dan mesin khas digunakan untuk program pemulihan ini termasuklah Peralatan Multi Sensori (Multi Sensory Devices) yang dianggarkan berharga RM 150,000.

Oleh kerana PDK adalah sebuah badan sukarela dan mempunyai kewangan yang terhad untuk membeli sendiri Peralatan Multi Sensori itu maka pihak pengurusan PDK ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang dan Pinky Women Riders (Pinky) akan menganjurkan Program Kayuhan Kasih untuk Anak Istimewa 2015 bagi mengumpul dana untuk pembelian alatan tersebut. Sehubungan dengan itu kami dengan rendah hati menjemput seluruh masyarakat sukan perbasikalan untuk sama-sama menjayakan inisiatif murni ini.

Dijemput semua peminat-peminat kayuhan sukan perbasikalan untuk turut sama menjayakan.

Maklumat Acara:
Tarikh: 23 Mei 2015
Masa: 7:00 pagi – 1 petang 12:00 tgh
Tempat: Kelab Tasik Cyberjaya
Jarak Kayuhan : +-30km
Bayaran: RM30/peserta
Cycling Kit:
1. T-shirt
2. Beg Goodies
3. Plate Number

Makan/minum disediakan.

Cabutan Bertuah menanti anda

Yuran Pendaftaran: RM30.00 seorang
Yuran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun CIMB - PDK Rumah Payung BBST 8600623297 dalam tempoh yang ditetapkan. Salinan transaksi hendaklah diemel ke kayuhankasih2015@gmail.com


Pendaftaran disini:
https://docs.google.com/forms/d/1YtgyeXpm6StA8JzNX-oqx_1r5kHx6d-ViMUA99OOOqs/viewform

Sebarang keterangan maklumat sila hubungi Nurli 01110941404 Rosmawar Harun 012-9609795 / Awg Saha Annder Thrasher 013-3658002 / Mohammad Zaki 019-3865833/ Fadhal 019-2628759.

03 January 2015

❤️❤️❤️❤️Kayuhan MPAJ-KFC Mountainbike Challenge Final 2014 Pada 28.12.2014 di AU3 Keramat, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam MTB 1Malaysia semua. Dah lama tak berkarangan di dalam kayuhan. Al-maklumlah dah lama tak kayuh. Yang ni pun cerita dah lapok. Tapi nak cerita gak. Almaklumlah pertama kali merasai dunia ke’race’an. Amik kau! Moh lah kita story sikit ek. Tak banyak pun nak citer.

Pada mulanya memang tak planning nak pergi pun sebab sehari sebelum tu kan dah berhempas pulas dengan Harian Metro yang kaw kaw punya trail dia bagi kan? So, tak terfikir lah nak pergi. Aku just test market dalam group ajak kengkawan sapa nak join? Mula-mula macam hambar jer tapi atas desakan dan ajakan pujuk rayu maka Puan Presiden Kak Ros dan Ailin ku menyahut cabaran.
Pagi jam 7.30 kami sudah berkumpul di depan medan seleran berhadapan Safura. Di situ lah kami mempersiapkan diri. Pengurus En Fadhal dan Pen. Pengurus Abg Awang sibuk memantau basikal dengan memastikan keadaan basikal berkeadaan baik. Hehehe bes pulak ek. Semua orang tolong buatkan. Hehehe tinggal bawa badan jer. Almaklumlah lah, rantai basikal aku kan dah putus masa kat Kuala Kubu Bharu. So, Fadhal baik hati dia bagi lah aku rantai tu terus. Hehhehe tenkiu tenkiu. Kemudian, dengan mengayuh basikal ke tempat kejadian yang sukar dilihat dari luar. Kena jelling-jeling baru jumpa tempat tu.

Majlis ni meriah babe, mana taknyer dirasmikan oleh YB Menteri Besar Selangor yang hensem tu. Alah abang ke adik Azwan Ali tu. Tengok depan-depan. Tak sombong dan sangat sempoi. Dia rasmikan dan perasmiannya dia bawa basikal KTM milik abg Fendy, penganjur yang bertanggungjawab atas event ni. Hehehe so, aku dan rider lain pun diajak kayuh bersama. Haahahaha sonok sebab banyak pulak wartawan dan cameraman yang ado.. hahaha

Kemudian, jumpa dengan beberapa rider yang lain, alamakkk betul ke ni? Nape tak ramai perempuan puan. Aku yang telah didaftarkan oleh Puan Presiden mula lah cuak. Abg Mus Racer dan Kak Zaiton suruh cuba trail. Aku dan Ailin cuba cuba lah trail nya. Umaaakkkaaaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiii giler ni.. tercungap-cungap. Mula lah aku frust tertonggeng ni. Nak tarik diri lah. Kak Ros pun nak tarik diri. Ailin lagi lah dah melalak lalak kuar air mata bagai. Kami tak mahu masuk, tapi setelah dipush push oleh abg mus dan kak ton, akhirnya terjebak jua. Aku pulak ni apa kes, last minute babe tukar kategori. Amik yang kategori berat lebih. Giler lah. Lepas tu aku sorang jer perempuan pulak tu. Lagi gilo. Tapi dek sahutan cabaran oleh orang-orang ni makanya aku akur dan bersaing juga walaupun.. hahaha sukar nak dimengertikan dengan kata-kata.


Dengan pelepasan oleh pihak penganjur, kategori aku dan kategori open women disekalikan pelepasannya. Maka berduyun-duyunlah rider mengemudi gerek masing-masing. Aku ni yang berani-berani takut join, ikut jer lah..hahaha memang insan terakhir. Malu tu usahlah nak dikata. Sehinggakan VIP sanggup menonton aku beraksi downhill. Alhamdulillah selamat juga downhill di khalayak tetamu yang hadir. Persetankan apa orang nak kata. Yang penting aku cuba, Cuma di downhillyang kedua jer aku takut so, tolak lah yer. Eh bukan aku yang tolak, abg mus tekas yang tolak turunkan basikal, aku pulak lenggang kangkung mak limah menuruni cerun bukit itu. Kemudian meneruskan jua lap yang pertama dan habis dengan aku mengalah untuk lap yang kedua kalinya. Hahaha tak per lah pastime masuk kan so, tawakal jer. Yang penting amik pengalaman.

Kemudian, sementara menanti penyampaian hadiah, aku pun mengisi perut yang berkeroncong tadi di kedai makan berhampiran sementalaah menanti kategori lain-lain beraksi. Macam ni ek race. Boring gak nak menunggu. Ketiduran jua dibuatnya. Mcam-mcm gelagat di pertonton sehingga lah aku dan Ailin secara tidak langsung menjadi krew bagi menjaga lap yang dibuat oleh kategori elite.. hehehe sonok bertingkek-tingkek. Ini semua kerjaan abg mus lah.


Akhirnya sesi penyampaian dan cabutan bertuah dibuat. Namun tiada pun yang bertuah. Bertuah tengok jer lah. Hehehe dan lastly, macam biasa amik lah picca2 dengan pro pro yang ada. Hehehehhehe tahniah buat semua. Kita jumpa lagi di race race akan datang dengan sajian dan tambahan ahli-ahli rider yang lain.
Salam perpaduan dan salam 1Malaysia semua.

02 January 2015

Kepada semua pengikut PINKY, inilah masa yang dinantikan. Jersi baru keluaran PINKY untuk tahun 2015 telahpun dikeluarkan untuk tatapan umum dan untuk tempahan. Harga seperti berikut:

RM250 - 1 set (panjang/3suku/pendek)
RM110 - baju sahaja
(tempahan dibuka bermula 1 Januari 2015 untuk keluaran yang pertama)

Untuk tempahan, sila hubungi Cik Zaa atau email kepada womenridersclub@gmail.com
Untuk memudahkan tempahan, sila nyatakan seperti berikut:
Nama:
No. telefon:
Email:
Jenis Jersi : Wanita/Lelaki
Baju - Saiz/Lengan (Pendek/Panjang)
Seluar - Saiz/Kaki (Pendek/Panjang/3suku)/Bib atau Tanpa Bib

Terima kasih

(updated : 19 Januari 2015 - with new & updated jersey design and universal pants)
Men Jersey

Women Jersey

Unisex Long Pant with Bib

Unisex 3/4 Pant with Bib

Unisex Short Pant with Bib

Carta Saiz Baju
Carta Saiz Seluar