Pinky Women Riders

Pinky Women Riders
Team Pinky

10 November 2014

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui:

Email: womenridersclub@gmail.com
Facebook Profile: Pinky WR

Kenali kami Pinky Women Riders dengan lebih dekat lagi


-dalam proses kemaskini-

Nama: Non Tasbihaton
Asal: Johor Bharu
Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan

Pengalaman / Pencapaian:
1.Kayuhan Ceria Bersama YAB PM, 24 Mac 2013
2.Kayuhan Ceria Putrajaya, 22 September 2013
3.Kayuhan Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya, 28 September 2013
4.Kayuhan Cyling To Change Diabetes, 9 November 2013
5.Kayuhan  Cegah Jenayah Pada 9 November 2013
6.Kayuhan Pajam Fun Ride Pada 10 November 2013
7.Kayuhan DRCT Komuniti Kajang Pada 1 Disember 2013
8.Kayuhan Fun Ride Hospital Serdang, 14 Disember 2013
9.MTB Jamboree Wetlands Pada 15 Disember 2013
10.Kayuhan Cuti-Cuti 1Malaysia Pada 21 Disember 2013
11.Residence MTB Jamboree Trolak, Perak, 22 Disember 2013
12.Jamboree Putrajaya Nature Park Ride, 28 Disember 2013
13.Kayuhan Putrajaya Inter Park Ride (PIPR), 31 Disember 2013
14.Kayuhan KL’Xtra (KL Car Free) Pada 5 Januari 2014
15.Jamboree Go Green Let’s Ride pada 26 Januari 2014
16.Kayuhan Konvoi Berbasikal Sempena Hari Wilayah Pada 9 Februari 2014
17.Parit Jawa Jamboree Pada 22 Februari 2014
18.Kayuhan Kasih 4 Pada 1 Mac 2014
19.MH Cyclomotion Jamboree Lasak 360 Pada 9 Mac 2014
20.Kayuhan Jelapang Padi Pada 13 April 2014
21.Jamboree Janda Baik Water Ride Pada 20 April 2014
22.Island Fun Ride Pulau Pinang Pada 27 April 2014
23.Jamboree Ride Houz Pada 4 Mei 2014
24.Jamboree 4th Ronda Riadah Mega Ride Pada 10 Mei 2014
25.Jamboree 2nd Kuala Pilah Royal MTB Pada 17 Mei 2014
26.Kayuhan Genting Nite Pada 23 Mei 2014
27.Jasin Jamboree Pada 31 Mei 2014
28.Kayuhan PDRM  & IM4U Pada 22 Jun 2014

Nama: Levita Lynn
Asal: Pahang
Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan

Pengalaman / Pencapaian :
1.Kerja Amal Ramadhan 2013
2.Kayuhan Ceria Putrajaya 2013
3.Green Ride Cyberjaya 2013
4.Kayuhan Amal Kak Sakura 2014
5.Kayuhan PDRM 1M4U Shah Alam 2014
6.Charity Ride 2014

7.Kayuhan Doa Buat GAZA 2014

Nama: AiLin Ku
Asal : Pulau Pinang
Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan

Pengalaman / Pencapaian:
1.Kayuhan Syria 2013
2.Kayuhan Ceria Putrajaya 2013
3.Green Ride Cyberjaya 2013
4.Kayuhan Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya 2013
5.Gempak Hypertrax Rampage 2013
6.Kayuhan Hari Wilayah 2014
7.Crew :  OCBC Cycle Malaysia 2014
            : MH Cyclomotion Jamboree Lasak 360
            : Funride Urban City 2014
            : Wetlands Jamboree
1.Tempat ke 3 MH Cyclomotion Jamboree Lasak 360 2014
2.Tempat ke 3W/Open Jamboree Ride Houz 2014
3. Tempat Pertama W/Open Jamboree LHDN 2014
4.Tempat ke 8 W/Open Women Open Jamboree Ride It 2014
5.Tempat ke 6W/Open Jamboree Hulu Selangor 2014
6.Tempat ke 6  W/Open Jamboree Kuala Pilah 2014
7.Tempat ke 12 W/Open Jamboree Khazanah Alam ,Temerloh 2014
8.Tempat ke  11 W/Open Jamboree Janda Baik 2014
9.Tempat ke 12 W/Open Jamboree Kayuhan Bernilai 2014
10.Tempat ke 3 Bike Hunt Petaling Jaya 2013
11.Tempat ke 2 Cycling Hunt A Famosa 2013
12.Tempat ke 2 Cycling Hunt KUD Putrajaya 2013

13.Tempat ke 10 Walk Hunt Putrajaya 2013

Nama: Cik Zaa
Asal: Pulau Pinang
Pekerjaan: Kakitangan Kerajaan

Pengalaman / Pencapaian:
  • Larian “Run Heart Putrajaya” 2014
  • Dualtlon exterra 2014
  • Marshal Kayuhan Usahasama Dengan Indonesia 2014
  • Marshal Kayuhan Ceria 2014
  • Jamboree Cyberjaya – Top 5
  • Jamboree Sungkai – Top 10
  • MH Cyclomotion Race 360 2014 – Top 14
  • Jamboree Wetlands – Top 5
  • Kayuhan Hari Wilayah 2014
  • Gempak Hypertrax Rampage 2013 – Top 12
  • Kayuhan Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya 2013
  • Green Ride Cyberjaya 2013
  • Kayuhan Ceria Putrajaya 2013
  • Kayuhan Syria 2013

Logo Kami:

Logo berteras warna merah jambu dan hitam - warna merah jambu (pink) sinonim dengan wanita.
Gambar basikal sesuai dengan aktiviti utama kami iaitu sukan berbasikal.
Huruf  'W' bermaksud Wanita atau Women.
"Pinky" merupakan gelaran pasukan.
Perkataan "Women Riders" merujuk kepada keahlian pasukan lebih menjurus kepada golongan wanita/perempuan.

Motto Kami:

"Together We Unite"

Bersesuaian dengan matlamat kami untuk menyatukan seluruh penunggang basikal dari segenap lapisan dan golongan tidak mengira umur dan jantina secara umumnya dan secara khusus kepada penunggang wanita terutamanya di Malaysia amnya di seluruh dunia.


Nama: Rosmawar Harun
Asal: Selangor
Pekerjaan: Swasta

Pengalaman/Pencapaian:
  • Harian Metro MTB Jamboree Sempena Cuti-Cuti 1Malaysia Pada 24 Ogos 2014 di Kuala Kangsar, Perak (Tempat ke 10)
  • Kayuhan Doa Buat Gaza Pada 16 Ogos 2014 di Dataran Masjid Putrajaya
  • Kayuhan PDRM & IM4U Pada 22 Jun 2014 di Shah Alam, Selangor
  • Kayuhan Genting Nite Pada 23 Mei 2014 di Putrajaya
  • Jamboree 2nd Kuala Pilah Royal MTB Pada 17 Mei 2014 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Tempat ke 8)
  • Marshal Kayuhan Usahasama Dengan Indonesia Pada 27 April 2014 di Putrajaya
  • Marshal Bagi Kayuhan Ceria Pada 11 Mei 2014 di Putrajaya
  • Jamboree Janda Baik Water Ride Pada 20 April 2014 di Janda Baik, Pahang
  • MH Cyclomotion Jamboree Lasak 360 Pada 9 Mac 2014 – Krew di Sepang, Selangor
  • Kayuhan Konvoi Berbasikal Sempena Hari Wilayah Pada 9 Februari 2014 di POJ, Putrajaya
  • Kayuhan Putrajaya Inter Park Ride (PIPR), 31 Disember 2013 di Putrajaya
  • Kayuhan Cuti-Cuti 1Malaysia Pada 21 Disember 2013 di Dataran Masjid Putrajaya
  • Kayuhan Karnival Usahawan Desa (KUD) Putrajaya, 28 September 2013

08 November 2014

Assalamualaikum dan Salam Rider 1Malaysia,

Tanggal 26 Julai 2013, kami dipertemukan dalam siri kayuhan santai malam di Putrajaya. Pertemuan kayuhan ini bermula apabila masing-masing berhubung di muka buku (FB). Kami semua cukup bertuah kerana mempunyai minat yang sama dalam dunia perbasikalan. Dari situ, bermula lah episod kayuhan kami dengan membawa nama team HP3. Boleh dikatakan setiap minggu pasti akan ada kayuhan malam.Minat yang sama dalam dunia  perbasikalan menyatukan kami dengan nama Gegurls Cycling Team.


Dengan mengenakan busana berwarna merah jambu dengan jenama Cycling Box di Kayuhan NST Cyberjaya Greenride pada 14 September 2013, kami sepakat untuk kayuh bersama-sama dan dari situ bermula lah orang mengenali Pinky dahulu. Kemudian, pada 11 Oktober 2013, kami dengan kerjasama semua rider terlibat dalam program Kayuhan Bersama Anuar Manan yang telah melibatkan lebih dari 100 rider di kawasan berhampiran. Setelah program ini berlalu, berlaku sedikit konflik yang sangat memberi kesan di kalangan kami. Makanya masing-masing membawa haluan diri masing-masing. Namun begitu setiap program kayuhan sekitar Putrajaya telah kami hadiri dan jayakan. Dari onroad ke offroad, dari kayuhan santai ke Jamboree dan dari jamboree ke race ada antara kami telah mengambil cabaran ini. Tidak lupa juga dari setiap kayuhan amal yang diadakan kami juga turut mengambil peluang ini. Pokok pangkalnya ketika itu kayuh dan kayuh. Mungkin untuk memberi peluang pada diri sendiri mengorak langkah dengan mencuba yang baru dengan team masing-masing.

4 Jun 2014 satu sejarah baru tercipta dengan lahirnya Malaysian Women Riders yang lebih tertumpu dalam menghimpunkan semua rider-rider wanita seluruh Malaysia khasnya dan seluruh dunia umumnya. Namun, cita-cita ini tidak dapat direalisasikan jika kami tidak bersatu hati. Ah… pedulikan apa orang kata dan pedulikan yang orang perlekehkan terhadap kami. Kami rider wanita harus maju dan mampu ke hadapan bagi meneruskan objektif kami iaitu membuat kerja-kerja amal. Ye! Kayuhan Amal Buat Kak Sakura telah banyak mengubah segala, Arwah Kak Sakura telah banyak memberi sumber inspirasi kepada seluruh Malaysian Woman Riders khususnya dan Pinky Woman Riders khasnya. Arwah sangat baik dan sentiasa inginkan yang terbaik buat semua rider tidak kira lelaki atau wanita. Arwah telah banyak melibatkan diri dalam program-program amal tidak kira di mana sahaja. Oleh kerana itu, ia tidak terhenti begitu sahaja, Malaysian Woman Rider akan cuba menyambung delegasi yang telah digarap oleh beliau.


Seperti kalian sedia maklum, Malaysia Woman Rider adalah untuk semua wanita-wanita yang suka berbasikal tidak kira dari mana mereka datang. Sehingga lah satu ketika Penganjur Gempak Hypertrex telah melamar Pinky untuk menjadi penganjur bersama dalam menjayakan program jamboree ini. Dan dalam masa yang sama Pinky telah dilamar oleh pihak Deuter untuk menjayakan program mereka pada tahun 2015. Namun, sedikit permasalahan telah berlaku siapa Pinky sebenarnya? Dengan akal fikiran dan budi bicara yang waras dari kami, ahli-ahli lama diajak untuk turut serta, namun semua ini di luar jangkaan dan fikiran kami kerana disangkakan hujan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Dugaan menimpa apabila mereka menolak lamaran ini kerana komitmen keluarga yang lebih penting. Kami semua menghormati segala keputusan mereka walaupuan hakikatnya berat menerima namun apakan daya harus kami terima jua untuk kebaikan bersama. Tanpa paksaan, Pinky cuba bangkit dengan mencari ahli yang lain. Maka, pada awal Ramadhan, 6 orang Pinky telah tercipta iaitu Rosmawar Harun, Nor Hasni Hassan, Nur Asmiza Marzuki, Noor Aslinda Marzuki, Non Tasbihaton Marhaban dan Norlin Misuwan. 


Dengan kehadiran ahli baru iaitu Haslinda binti Abu Hanafiah atau mesra di FB Linda Aki, diharap kehadiran beliau dapat memberikan sumber inspirasi kepada semua wanita-wanita yang lebih sukan meminati sukan perbasikalan.


Di sini, Pinky cuba untuk meyakinkan kembali dalam kehidupan berbasikal yang memang menjadi minat kami semua. Maka, kami harus teruskan jua namun, kami Pinky perlu bantuan dan sokongan serta kerjasama dari semua pihak untuk menapak dan menempa nama di dalam dunia perbasikalan yang semakin menempah nama di Negara kita. InsyaAllah….